Jumaat, 27 Februari 2009

DIALOG BELIA ISLAM DUNIA MELAYU

DIALOG INI DITUNDA KE HUJUNG BULAN APRIL 2009.

PENGENALAN:
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam laila prihatin mengenai belia dan peranannya dalam pembangunan negara, justeru itu Baginda sering menitahkan kepentingan belia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus ke arah pemantapan dan kecemerlangan pembangunan negara yang pastinya juga adalah untuk keamanan, keharmonian, kesentosaan, dan kesejahteraan negara yang sama-sama dicintai ini.
Usaha untuk memistari belia negara ini menjadi lebih berwawasan dan berilmu, berakal positif, serta tahu nilai budaya bangsa adalah dengan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menjurusi pelbagai bidang, umpamanya bersedia berhujah dengan lembut minda dan berupaya menyampaikannya dengan baik dan sempurna serta berkesan menerusi program Dialog Belia Islam Dunia Melayu.

TUJUAN:
> Mendedahkan belia tanah air dengan dapatan dan pandangan baru daripada perspektif belia itu sendiri yang dipelopori oleh belia yang berilmu;
> Menyediakan wadah dan memberikan peluang kepada belia dalam mengutarakan, melahirkan, dan menyampaikan pandangan, pendapat, dan pemikiran positif mereka demi menggerakkan dan memotivasi belia ke arah pengembangan yang lebih berkesan;
> Melatih dan membiasakan belia menyuarakan hasrat dan jiwa mereka dalam memikirkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan hal-ehwal kebeliaan pada peringkat daerah, nasional, serantau, dan sejagat (global);
> Menonjolkan keaktifan dan keupayaan belia yang berjiwa mantap-iman dan bersedia bersaing sebagai global-player;
> Memantapkan jiwa belia Brunei Darussalam yang senantiasa berpaksikan teguh pada falsafah negara ini sebagai sebuah negara Melayu-Islam-Beraja (MIB).
> Menguatkan iltizam belia Brunei Darussalam sebagai belia yang beriman teguh dan berakidah pada laluan yang hakiki.

TEMA:
Tunas Bangsa: Menunaskan Belia Bertaqwa

HURAIAN TEMA:
Tema yang menjadi pistaran Forum Belia Kebangsaan 2008 ini merupakan satu gagasan yang murni, iaitu Tunas Bangsa: Menunaskan Belia Bertaqwa. Secara umumnya "tunas" bermaksud 'bahagian tumbuhan yang mulai tumbuh pada batang, bakal cabang atau ranting, dan kecambah (tumbuhan yang baru keluar daripada benih)'; "bangsa" pula ialah 'jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan'.’
"Menunaskan" pula bermaksud 'menimbulkan atau menerbitkan'; dan "bertaqwa" bererti 'ketaatan mengerjakan perintah Allah, kesolehan, juga takut akan Allah dan hidup soleh". Dan apabila dijadikan frasa dan disatukan untuk diangkat sebagai tema yang besar, ia bermaksud bangsa yang sudah menampakkan kematangan dan keupayaan dalam persaingan sejagat mampu menjana, menimbulkan, dan menerbitkan pegangan dan pendirian belia untuk menjadi manusia yang bertaqwa dengan sepenuh jiwa yang bakal membawa kecemerlangan dan kegemilangan belia sebagai insan yang mampu mengembang dalam semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi.

ATUR CARA TENTATIF MAJLIS:
19 Mac 2009, Khamis
2.00 – 6.00 ptg - Pendaftaran
8.00 mlm - Jamuan Selamat Datang
20 Mac 2009, Jumaat
8.15 pg - Jemputan hadir
8.25 pg - Tetamu Kehormat hadir
8.30 pg - Acara perasmian dimulakan
- Kertas Kerja Perdana
11.00 pg - Sesi Kertas Kerja 1 (Dua kertas kerja)
12.00 tgh - Rehat / Solat Jumaat / Solat Zuhur / Makan
2.30 ptg - Sesi Kertas Kerja 2 (Dua kertas kerja)
3.30 ptg - Sesi Kertas Kerja 3 (Dua kertas kerja)
4.30 ptg - Rehat / Solat Asar / Minum
8.00 mlm - Rampak Seni Belia Islam Dunia Melayu
21 Mac 2009, Sabtu
9.00 pg - Forum Belia Islam Dunia Melayu
10.30 pg - Rehat / Minum
11.00 pg - Muzakarah resolusi
12.00 tgh - Rehat / Solat Zuhur / Makan
3.00 ptg - Majlis Penutupan Rasmi

PEMBENTANG KERTAS KERJA:
Tujuh kertas kerja akan dibentangkan iaitu satu kertas kerja perdana dan dua kertas kerja dari Negara Brunei Darussalam dan masing-masing satu kertas kerja dari Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand.

PESERTA:
150 peserta dalam dan luar negara dijangka menghadiri dialog ini. Penyertaan adalah terbuka tetapi keutamaan ditumpukan kepada belia-belia berpersatuan.
Tarikh tutup penyertaan ialah hari Sabtu, 14 Mac 2009.


BORANG PENYERTAAN boleh didapati di:

Sekretariat,
Dialog Belia Islam Dunia Melayu,
d/a Majlis Belia Brunei,
No 8 Blok C3, Flat Anggerik Desa,
Simpang 32-5, Berakas BB3786,
Negara Brunei Darussalam.

Atau emel: beliabrunei@yahoo.com